Friday, January 10, 2014

Pedihnya Kehilangan | Yeng Pulanglah

As Salam

Korang tahu kan
Mami ada jaga sekor kucing terbiar kat luar rumah tu
*Ini bajet semua orang baca blog ko ke???

Lama dah dia menumpang kasih
Dia juga sangat setia
Setiap kali mami balik keje mesti ada dia tercongok tunggu
Tak kira hujan
Tak kira panas
Tak kira dia tengah tido
Mesti menonong jugak dia setia menunggu

Tapi semalam
Yeng takde (kami bagi nama dia Yeng)
Rasa lain
Malam tadi tunggu dia kat luar -- dia takde jugak
Pagi ni nak pergi kerja
Dia tetap takde

Rasa sayu
Kalau mati mana mayatnya
Kalau dia di ambil orang legalah mami
Moga dia bahagia dengan tuan baru
Tapi kalau dia dibuang orang (jiran mami tak suka kucing)
Sedihlah mami
Kesian Yeng
Dia tak berak merata rata pun
Dia sangat baik

Yeng Pulanglah!

No comments:

Post a Comment